Sunday, 15 November 2015


Soal Jawab Mengenai Solat Jamak Dan Qasar Oleh Ustaz Azhar Idrus


Antara tempat-tempat menarik untuk jalan-jalan : 

1. Tepi pantai


Pantai Cahaya Bulan,Kelantan 


2. Puncak gunung 


Puncak Gunung Kinabalu,Sabah


3. Hutan 


Royal Belum,Perak (seronoknya pergi memancing )





* Rukhsah ialah keringanan yang diberikan oleh Allah SWT untuk beribadah
* Dengan rukhsah yang diberikan oleh Allah kepada muslim,tidak ada alasan untuk kita tidak melakukan solat ketika bermusafir 
* Rukhsah solat ialah jamak dan qasar
* Nabi Muhammad SAW mangkhasarkan solat yang mempunyai empat rakaat ketika musafir



Friday, 6 November 2015

Ini adalah antara hikmah jika kita melakukan solat jamak dan qasar :


  • Menunjukkan agama Islam itu mudah 
  • Solat fardhu wajib ditunaikan walaupun dalam keadaan susah 
  • Mengingatkan orang muslim sentiasa bersyukur
  • Memberi kemudahan kepada orang Islam menunaikan solat dalam apa jua keadaan
solatlah walau diman pun kita berada

Berikut adalah syarat-syarat solat jamak dan qasar:

a. Berniat jamak dan qasar dalam solat yang pertama
b. Perjalanan yang diharuskan oleh syarak seperti melawat orang sakit,menghantar rombongan meminang dan seumpamanya
c. Perjalanan tidak kurang dua marhalah bersamaan 89 kilometer
d. Mengetahui kifayah (cara) melakukan solat jamak dan qasar
e. Berkekalan dalam perjalanan sehingga selesai takbiratul ihram solat kedua
f. Dilakukan dengan muamalat (berturut-turut)
g, Dilakukan dua solat secara tertib

Hukum melakukan solat jamak dan qasar ialah harus.Tidak mengapa jika kita ingin melakukan solat tamam iaitu solat yang sempurna.Solat jamak juga boleh dilakukan secara berjemaah.Kita mesti mempunyai ilmu yang cukup untuk melakukan solat jamak dan qasar.

Jom jalan-jalan

Assalamualaikum w.b.t

Bercuti dan berjalan melihat pemandangan ciptaan Allah SWT adalah suatu hobi atau perkara yang menyeronokkan kerana dapat melihat ciptaan Allah seterusnya mengaitkannya dengan kebesaran Yang Maha Pencipta.Kita boleh melihat pemandangan yang cantik dan indah seperti ditepi pantai,atas pergunungan mahupun di di awan.Ketika bermusafir kita sebagai orang Islam diberi kemudahan untuk melakukan ibadah solat terutamanya.Kita boleh solat secara jamak ataupun qasar.Solat jamak ialah mengerjakan dua solat fardhu di dalam satu waktu sahaja.Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu :

Solat itu wajib 

a. Solat jamak taqdim iaitu melakukan dua solat fardhu pada waktu solat yang pertama seperti menjamakkan solat zohor dan asar pada waktu solat zohor dan menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib.
b. Solat jamak takhir iaitu melakukan dua solat fardhu pada waktu solat yang kedua seperti menjamakkan solat zohor dan asar pada waktu solat asar dan menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.