![]() |
| Jom jalan-jalan |
Assalamualaikum w.b.t
Bercuti dan berjalan melihat pemandangan ciptaan Allah SWT adalah suatu hobi atau perkara yang menyeronokkan kerana dapat melihat ciptaan Allah seterusnya mengaitkannya dengan kebesaran Yang Maha Pencipta.Kita boleh melihat pemandangan yang cantik dan indah seperti ditepi pantai,atas pergunungan mahupun di di awan.Ketika bermusafir kita sebagai orang Islam diberi kemudahan untuk melakukan ibadah solat terutamanya.Kita boleh solat secara jamak ataupun qasar.Solat jamak ialah mengerjakan dua solat fardhu di dalam satu waktu sahaja.Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu :
![]() |
| Solat itu wajib |
a. Solat jamak taqdim iaitu melakukan dua solat fardhu pada waktu solat yang pertama seperti menjamakkan solat zohor dan asar pada waktu solat zohor dan menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib.
b. Solat jamak takhir iaitu melakukan dua solat fardhu pada waktu solat yang kedua seperti menjamakkan solat zohor dan asar pada waktu solat asar dan menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu isyak.


Wonderful information. .tq
ReplyDeletewelcome sis...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat
ReplyDelete